Apr
19
2010

Jalan-jalan ke Cameron Highland

Beberapa minggu lepas agak sebok so aku sefamili tak jalan mana2, sabtu kelmarin baru ada masa terluang untuk jalan2, mentelah ada cuti lebih nie so aku sefamili telah memilih untuk jalan2 cuti2 malaysia ke Cameron Highland.

Kami bertolak dari rumah pada hari sabtu lepas pukul 10.30am. Singgah bersarapan di Simpang Pulai, kemudian meneruskan perjalanan melalui Highway Simpang Pulai Cameron. Kami tiba di Cameron Highland pada jam 12.15pm. Kami berada disana selama 2 hari 1 malam. Jom.. saksikan jalan2 kami kesana..


ni keadaan perjalanan kami ke Cameron Hingland…

Seterusnya.. »

Mar
30
2010

Jalan-jalan Taekwondo.

Jalan-jalan aku sefamili ahad lepas 28hb. ialah ke Taman Meru, Ipoh. Pagi2 lagi kami dah bersiap2 untuk ke sana, perjalanan kami ke sana adalah bertujuan menghadiri ujian taekwondo kedua anak kami, Awis & Iddyn, Ujian dijalankan oleh Kelab Taekwondo Warisan Jati, bertempat di Dewan Serbaguna Taman Meru, bagi Awis, ujian ini untuk melayakkan beliau mendapatkan tali pinggang hitam, bertukar dari tali pinggang merah sebelum nie.

Pada hari yang sama anak kami yang kedua Iddyn mengambil ujian tali pinggang merah. Oleh kerana beliau (Awis) masih berusia 11 tahun apabila lulus nanti beliau akan memakai tali pinggang belang hitam merah dahulu, tunggu usia 16 tahun nanti baru dapat pakai hitam sepenuhnya. Semasa proses ujian aku dah wife risau jugak takut tak lulus, maklumlah ujian ini yang tertinggi, yuran juga boleh tahan:)

Dalam ujian ini banyak patern (tego) yang perlu beliau buat selain perlu memecahkan 3 kayu dengan teknik yang dipilih beliau sendiri di akhir ujian. Alhamdulillah.. beliau telah lulus dalam ujian ini, walaupun berjaya memecahkan 2 dari 3 kayu. Syarat mesti pecah 1 kayu untuk lulus ujian, kira ok lah kan! bagi seorang budak:),  jom tengok aksi beliau dalam paparan video dibawah.

* Aksi Awis sedang memecah kayu.

Jumpa lagi..

Mar
22
2010

Hujung minggu ke pekan Lumut

Semalan aku sefamili pergi jalan-jalan ke pekan lumut, cadangnya nak ke Cameron Highland cuti2 sekolah nie bawak anak2, tapi memandangkan ada banyak hal nak kena selesaikan dan mereka pulak banyak home work nak kena siapkan, jadi tergendala, akhirnya langsung tak jadi pergi.

Spontan jer terfikir nak ke Lumut semalan, memandangkan semalam pun dah last cuti sekolah, home work pun dah siap, aku pun free, terus je kami siap2, singgah makan tengahari kat luar kemudian teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju, pekan Lumut. Berikut beberapa paparan yang kami rakamkan sewaktu disana..jom syok2, cuci mata, tengok gambar2 dan pemandangan disana.. :)


wajah2 pekan Lumut..

Seterusnya.. »

Mar
18
2010

Layar Air, saksikan keunikannya.

Hari ini aku nak kongsikan dengan pengunjung2 semua satu paparan video yang aku rakamkan semasa jalan-jalan ke putrajaya menyaksikan pertunjukan layar air dahulu, dah lama dah, 2 tahun lepas tak silap aku, semalam aku berkesempatan uploadkannya ke internet dan kongsikan di blog nie.

Apa kebenda layar air nie? jangan salah faham ye, bukan pertunjukan kapal layar. Ok bagi yang tak faham tu begini, seperti layar perak yang biasanya menggunakan kain puteh untuk memaparkan filem apabila dipancar lcd,

namun berlainan pula dengan Layar Air yang mana kain puteh tadi digantikan dengan semburan air, yer..semburan air yang menjadikan pertunjukan ini amat cantik dan menarik sekali..fuhhh.. Baiklah, jangan buang masa lagi, jom saksikan dan hayati keunikan layar air ini dan jangan lupa buka sound pc anda..abaikan suara2 kecil tu.. hehe..

P/s: bagi yang berminat nak embed kod, silakan..jgn lupa kreditkan balik ke blog nie yer..:) ada sambungan lagi video nie.. nanti ada senang akan uploadkan lagi..

Jumpa lagi..

Mar
15
2010

Percutian Percuma: Duta Palm Resorts

Setelah beberapa pos yg lalu aku hanya memaparkan gambar2 jalan-jalan di sekitar ipoh berdekatan rumah aku jer, pada kali ini aku nak update kan perjalanan yg jauh dari rumah aku, walaupun peristiwa ini hampir 2 tahun yg lalu, tapi aku tetap ingin kongsikan dengan semua pengunjung2 blog.

Penginapan aku sekeluarga ke tempat ini adalah dgn percuma.., diulangi percuma, mengapa percuma ek? yer..nak tau kenapa, ini adalah disebabkan kami sekeluarga adalah ahli kelab percutian Tanco Resots Berhad (vacation superclub) kami telah menjadi ahli kelab pada tahun 2001 dan keahlian kami akan tamat pada 2032 iaitu selama 30 tahun cuti percuma.

Ok, lokasi ini di Duta Palm Resorts, Bandar Country Holmes, Rawang. Konsep percutian di sini ala-ala di Bali. Memang seronok alami percutian bali di sini.. nak ke bali betul2 jauh sangat huhu.. jadi lah kat sini..:) Jom saksikan beberapa paparan gambar yang dirakamkan..


Ni salah satu sudut pemandangan di Duta Palm Resorts..

Seterusnya.. »